“Kuat menyakat” – [VIDEO] Polis Bantai Gelak Tengok Mat Motor ‘Mencecet’ Lari Dekat Stesen Minyak

Entertainment
11 Oct 2022 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang tiba-tiba nampak polis atau kereta polis tu, ada tak rasa cuak semacam? Min kalau tetiba ada roadblock tetiba gelabah jugaklah walaupun takde buat salah. Kenapa eh?

Macam baru-baru ni, viral di media sosial melihatkan sekumpulan remaja yang sedang mengisi minyak kelam kabut lari bila tiba-tiba disergah oleh pihak polis.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok ni, korang boleh tengok pada awalnya nampak biasa je bila remaja-remaja ini sedang mengisi minyak motor mereka.

Tapi, lain pulak jadinya bila tiba-tiba ada kereta polis yang masuk ke tempat mengisi minyak sehinggakan remaja-remaja ini mencecet lari dan ada yang sampai sanggup tolak motor. Nasib baik sempat letak nozel balik.

Melihatkan reaksi panik remaja-remaja ini, salah seorang pihak polis keluar dari pintu belakang kereta dan pura-pura cuba mengejar mereka. Kuat menyakat ehhhh

Tak lama kemudian dapat dilihat seorang lagi polis yang duduk di bahagian kerusi hadapan sebelah pemandu keluar sambil tertunduk-tunduk gelak.

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut terhibur melihatkan reaksi polis tersebut yang sakan gelak selepas menyakat sekumpulan remaja tersebut.

Ada juga beberapa netizen yang membuat spekulasi remaja-remaja ini melarikan diri sampai macam tu sekali sebab tak mempunyai lesen.

image is not available

Alahai buat hal betul tau abang polis ni, kesian budak tu sampai manalah agaknya dia tolak motor.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.