
Suspek tidak mengambil barang berharga, hanya curi makanan sahaja.
Hanya Curi Makanan, Tiga Lelaki Bertopeng Ceroboh Sebuah Rumah Di Kuching. Dilaporkan bahawa, sebuah klip kamera litar tertutup (CCTV) yang telah dikongsikan di media sosial baru-baru ini di mana ia menunjukkan 3 lelaki bertopeng memecah masuk sebuah rumah di Jalan Stampin sekitar jam 3 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, laporan kejadian telah diterima oleh Balai Polis Sungai Maong sekitar jam 9.53 pagi.

Hanya mencuri makanan dan tiada kemalangan yang berlaku
Suspek dikatakan telah mencuri makanan dan tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang berlaku.
Beliau berkata kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, rakaman video berdurasi satu minit berkenaan telah menunjukkan ketiga-toga suspek dilihat menyelinap di salah satu kaunter dapur setelah mereka berjaya membuka salah satu tingkap di dapur berkenaan.

Salah seorang daripada suspek dilihat mengambil pisau
Salah seorang daripada suspek juga dilihat mengambil dua pisau daripada pemegangnya dan menyerahkan satu kepada rakannya.
Suspek dipercayai tidak mencuri barang-barang yang berharga di dalam rumah berkenaan, hanya makanan sahaja diambil sebelum kesemua suspek beredar.

![[VIDEO] Lagi Kes Budak Bawah Umur Berani Pandu Kereta Sendiri Di Jalan Sesak](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)