Hanya Di Sabah, Cikgu Kongsi Dapat Hadiah ‘Limited Edition’ Dari Anak Murid

26 Aug 2024 • 2:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak muridnya sanggup ‘seludup’ durian merah untuk cikgu kesayangannya

Hanya Di Sabah, Cikgu Kongsi Dapat Hadiah ‘Limited Edition’ Dari Anak Murid. Seorang guru di Sabah telah menjadi tular di media sosial selepas berkongsi pengalaman unik menerima hadiah istimewa daripada anak muridnya.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @SaraHasliza menunjukkan seorang guru membuka beg sekolahnya dan mendapati sebiji durian merah tersembunyi di dalamnya.

image is not available

Durian merah merupakan sejenis durian yang jarang ditemui

Dalam video tersebut, anak muridnya membuka zip beg sekolahnya dan dapat lihat sebiji durian merah yang diselitkan bersama buku dan botol airnya. Guru berkenaan merakamkan detik penemuan hadiah istimewa ini sambil berkongsi rasa gembira dan terharu atas perbuatan muridnya yang kreatif.

Durian merah merupakan sejenis durian yang jarang ditemui dan dianggap istimewa di Sabah. Pemberian hadiah ini menunjukkan betapa murid tersebut menghargai gurunya, sehingga sanggup “menyeludup” buah yang berharga ini ke dalam beg cikgu kesayangannya.

Video ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang terhibur dengan tindakan spontan murid tersebut. Ramai yang memberi komen tentang betapa beruntungnya guru itu mendapat durian merah pada awal pagi.

Video yang dimuat naik oleh @SaraHasliza ini telah tarik pelbagai reaksi positif, membawa senyuman dan ketawa kepada ramai penonton. Ia menjadi bukti bahawa kadangkala, hadiah yang paling bermakna datang dalam bentuk yang paling tidak disangka-sangka.

Baca juga artikel menarik di bawah: