Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang anda tahu, bahang fenomena Super El-Nino sudah mula dirasai negeri-negeri di Malaysia. Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas ini dijangka berlarutan sehingga Mac tahun hadapan.
Lelaki Rusia & Rakannya Jalan Kaki Dari Taylor’s University Ke KLCC
Bagaimanapun, situasi ini tidak menghalang seorang lelaki warga Rusia dikenali sebagai Ivan bersama rakannya untuk meneroka kawasan ibu kota hanya dengan berjalan kaki.
Apa yang mengejutkan adalah Ivan dan rakan lelakinya itu telah bertindak berjalan kaki dari kampus Taylor’s University di Subang Jaya sehinggalah Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Selepas lima kilometer berjalan, Ivan bersama rakannya berkata mereka tidak boleh berhenti separuh jalan dan tetap meneruskan ekspedisi ke KLCC.
Tiba Ke KLCC Selepas Berjalan Kaki Dalam Tempoh Masa 3 Jam 42 Minit
Sepanjang berjalan kaki, mereka telah melalui pelbagai binaan dan pemandangan sekitar bandar, termasuklah tapak pembinaan, tokong, sungai, penjaja tepi jalan, padang sekolah serta banyak lagi.
Lelaki berusia 24 tahun itu telah memulakan perjalanannya kira-kira jam 9.30 pagi dan sampai ke Kuala Lumpur pada jam 1.12 petang. Dia telah berjalan sepanjang 22.18 kilometer (KM) selama 3 jam 42 minit sahaja.
Saja Berjalan Kaki Sebab Tertanya-tanya
Jelas Ivan di ruangan komen, dia melakukan perkara itu kerana perasaan tertanya-tanya dan menyifatkan berjalan kaki sebagai satu aktiviti menyeronokkan.
Tambahnya, dia berniat untuk mencabar dirinya berjalan kaki dari Taylor’s University – KLCC – Taylor’s University selepas ini.
@ltveveryday Let’s walk from Taylor’s University to KLCC again! Let’s try to break 4 hours this time #kualalumpur #malaysiatiktok #klcc #taylorsuniversity #walkchallenge
♬ original sound – ltveveryday – ltveveryday
Tonton video penuh [DI SINI].
Untuk info, Ivan sebelum ini melanjutkan pengajian di Taylor’s University dan sudah habis menjalani latihan praktikal di Singapura. Semasa menjalani intern, dia akan sekali-sekala datang melawat Malaysia untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.
Pun begitu, Ivan dalam hantaran baru-baru ini berkata dia telah kembali menetap di Malaysia.
‘Tak Sangka Betul-betul Jalan Kaki’ – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan kesungguhan Ivan dan rakannya yang berjalan kaki sejauh itu yang disifatkan mereka sebagai satu kerja gila dan tidak akan dilakukan penduduk tempatan.
“Bila saya baca kapsyen, saya ingatkan korang berjalan dan ambil pengangkutan awam. Korang betul-betul berjalan sampai ke KLCC. Memang gila,” kata seorang wanita.
“Ini top 10 benda yang aku tak akan buat. Tapi aku suka tengok korang berjalan,” tambah seorang lagi pengguna Threads.
Malah ada juga individu yang terinspirasi untuk melakukan perkara sama seperti Ivan.
“Saya akan cuba juga (berjalan kaki dari Taylor’s University ke KLCC) lepas saya siap hantar tugasan akhir saya,” kata seorang individu.
‘Lain Kali Pakai Topi & Sunscreen’ – Netizen
Sementara itu, ada juga individu yang menasihati mereka agar memakai topi dan pelindung matahari (sunscreen) memandangkan cuaca di Malaysia ketika ini sangat panas.
“Pastikan awak pakai topi dan sunscreen lepas ni,” kata seorang lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-951x1024.jpg)
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-2-1024x920.jpg)
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-3-1024x950.jpg)
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-4-1024x1001.jpg)
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-5-953x1024.jpg)
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-6-1024x893.jpg)
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-7-1024x1014.jpg)
![Image from: Hanya Kerana ‘Curious’, 2 Mat Saleh Redah Panas Jalan Kaki Hampir 4 Jam Dari Taylor’s University Ke KLCC [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/mat-saleh-jalan-kaki-dari-taylors-uni-ke-KLCC-8-1024x900.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bukan Budaya Malaysia” – Pelancong Asing Hitchhiking Dari Cameron Highlands Ke KL Undang Perhatian [Video]




