Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu

LocalTravel
16 Apr 2026 • 8:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu

Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu

Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyatnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tetamu dari luar negara.

Tidak hairanlah jika ramai pelancong yang datang bukan sahaja membawa pulang kenangan, tetapi juga 'keluarga' baharu yang ditemui sepanjang berada di sini.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian seorang wanita dari Belarus mengenai pertemuan dengan ibu angkatnya di Terengganu.

Kisah wanita Belarus jumpa mak angkat di Terengganu

Menerusi kiriman di Threads miliknya, @exploella berkongsi kisah penuh makna yang menarik perhatian ramai.

"Ini kisah bagaimana saya bertemu ibu saya yang berasal dari Malaysia.

"Dialah yang menjadi sebab Terengganu terasa seperti rumah saya," katanya.

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

Menurutnya, kisah itu bermula pada September 2025 ketika dia dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Terengganu.

Ketika berada di dalam bas, dia tertidur dan terlepas perhentian terakhir.

"Pemandu bas tak perasan saya sedang tidur ketika di hentian terakhir, jadi saya terjaga di kawasan parkir yang terletak kira-kira 10 kilometer dari situ.

"Jadi saya terpaksa berjalan sejauh 5 kilometer, 5 kilometer lagi ada orang baik yang tumpangkan saya ke bandar Kuala Terengganu," katanya.

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella
Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

Apabila tiba di Kuala Terengganu, Ella berhenti di sebuah kedai makan untuk menikmati sarapan pagi.

Ketika itulah ibu angkatnya, Pauziah, menegur dan menawar untuk membawanya berjalan-jalan di sekitar bandar menaiki kereta.

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

"Dia bawa saya jalan-jalan ke pantai, masjid terapung, pavilion batik dan juga kilangnya.

"Hari berikutnya kami makan malam bersama di sebuah restoran tempatan.

"Dia sangat baik terhadap saya walaupun saya orang asing" katanya

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

Bercerita lanjut, Pauziah juga membawanya ke Pulau Kapas dan memperkenalkannya kepada penduduk tempatan.

Ella menghabiskan masa selama dua minggu di pulau itu.

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

"Saya jatuh cinta dengan pulau ini dan dapat bertemu dengan kawan-kawan baharu yang terdiri dari pelancong dan penduduk tempatan.

"Pauziah melawat saya di pulau ini seminggu kemudian dan memastikan saya berada dalam keadaan baik.

"Dia juga membawa makanan kepada saya iaitu nasi kerabu," katanya lagi.

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

Setelah itu, Pauziah telah menjemputnya di pulau dan mereka meluangkan masa bersama-sama sebelum menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur.

Sering tanya khabar

Perkenalan mereka tidak terhenti di situ, Pauziah sering bertanya khabar serta menghantar 'poskad' menerusi WhatsApp.

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella
Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

Ella kembali semula ke pulau itu tujuh bulan kemudian dan layanan Pauziah terhadapnya masih sama.

"Dia melawat saya lagi di pulau ini dan membawa saya ke Kuala Terengganu, terima kasih mak angkat saya," katanya.

Image from: Hanya Kerana Tertidur Dalam Bas, Wanita Belarus Temui Kasih Seorang ‘Mak’ Di Terengganu
Kredit: Exploella

Perkongsian itu membuatkan ramai terharu dan ia membuktikan bahawa keramahan rakyat Malaysia menjadi salah satu faktor utama pelancong berkali-kali datang ke negara ini.

View Original Article