Hanya wakil individu atau syarikat yang berdaftar sebagai Perantara Berdaftar dibenarkan menjalankan urus niaga bagi pihak pelanggan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 Januari 2027.
Hanya Perantara Berdaftar dibenarkan berurusan di JPJ
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pendaftaran Perantara Berdaftar akan dibuka secara dalam talian mulai 1 November ini.
Beliau berkata pemohon yang diluluskan akan diberikan pengenalan rasmi digital dengan tempoh sah laku selama dua tahun.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook JPJ hari ini, jabatan itu menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang ikatan atau hubungan perniagaan dengan mana-mana Perantara Berdaftar.
Ketegangan Memuncak, Korea Utara Lancar Beberapa Peluru Berpandu Balistik Ke Arah Laut Timur
Anwar Doakan Kesembuhan Ahli Parlimen Rantau Panjang Terlibat Kemalangan
JPJ turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau pertikaian yang timbul daripada urusan persendirian pelanggan dengan pihak berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai digalakkan berurusan secara terus melalui aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ atau kaunter rasmi jabatan bagi memastikan urus niaga lebih selamat, telus dan terjamin.




