MediAsas dilancar Januari 2027, kerajaan tanggung subsidi premium RM200 bagi pekerja PKS

LocalHealth & Fitness
9 Oct 2026 • 4:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MediAsas dilancar Januari 2027, kerajaan tanggung subsidi premium RM200 bagi pekerja PKS Image from: MediAsas dilancar Januari 2027, kerajaan tanggung subsidi premium RM200 bagi pekerja PKS liza09/10/2026 - 16:35 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt – Kerajaan akan melancarkan Pelan MediAsas mulai Januari 2027 pada harga mampu milik, dengan subsidi premium RM200 bagi setiap pekerja tahun pertama untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kurang daripada 75 pekerja, memanfaatkan sehingga 200,000 pekerja.


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusi pelan itu, bayaran hospital akan ditentukan berdasarkan jenis diagnosis dan rawatan bagi membolehkan kos perubatan dikawal serta lebih mudah dijangka.

 

“Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia bawah 55 tahun juga dibenarkan membayar premium MediAsas menggunakan Akaun Sejahtera.

 

“Bagi PKS yang layak, subsidi premium RM200 bagi setiap pekerja itu dihadkan kepada 50 pekerja bagi setiap syarikat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Dalam usaha meningkatkan ketelusan kos rawatan swasta, kerajaan akan memperluas penggunaan rekod perubatan elektronik berasaskan prinsip satu individu satu rekod.

 

Mulai 2027, bil hospital swasta akan menggunakan kategori caj yang seragam dan telus bagi membantu pesakit memahami setiap bayaran serta mengurangkan herotan harga dalam sektor berkenaan.

 

Selain itu, portal e-CKAPS akan dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dilaksanakan sepenuhnya dalam talian mulai 2027, dengan tempoh pemprosesan disasarkan berkurang sehingga 65%.

 

Dana bantuan perubatan ditingkatkan kepada RM60 juta

Dalam pada itu, kerajaan turut memperkukuh bantuan kesihatan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat akses kepada rawatan perubatan menerusi peningkatan peruntukan Dana Tabung Bantuan Perubatan kepada RM60 juta berbanding RM40 juta sebelum ini.

 

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan berusia 40 tahun ke atas pula ditawarkan saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan serta insentif rawatan kanser menerusi program PeKa B40, dengan peruntukan RM80 juta.

 

Kerajaan turut meneruskan Skim MySalam pada 2027. Sejak diperkenalkan, skim itu telah memanfaatkan 1.6 juta rakyat dengan jumlah tuntutan sebanyak RM1.3 bilion. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved