“Hanya salah faham” – Pengadu Kes Dipukul Pengawal Peribadi Kerabat Diraja Tarik Balik Laporan

Entertainment
29 May 2024 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial apabila terdapat dakwaan mengatakan seorang pemandu kenderaan e-hailing dipukul oleh pengawal peribadi kerabat diraja di sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur.

Pun begitu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan pengadu yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) itu menarik semula laporan yang dikeluarkan dan memberitahu ia merupakan perselisihan faham.

image is not available

“Pada 28/05/2024, jam lebih kurang 9.59 malam pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, Polis Kuala Lumpur telah menerima satu laporan polis, pada 28 Mei lebih kurang jam 1 petang oleh pengadu yang merupakan seorang pemandu Grab.

Beliau berkata pengadu tersebut mendakwa telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

Sebagai info, pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya. Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.