“Happy Anniversary 1 Year..” – Abang Askar Ditahan Lepas Tular Gambar Beruniform Ditayang Di Kelab Malam

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 1:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tindakan seorang anggota tentera yang menayangkan gambarnya dengan pakaian seragam di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur telah mengundang perhatian ramai selepas ia tular di aplikasi TikTok.

Gambar berkenaan dipercayai memaparkan latar belakang logo Kor Jurutera dan dipaparkan menerusi skrin utama premis hiburan tersebut.

image is not available

Menurut laporan Malaysia Gazette, pihak berkuasa berjaya mengesan individu terbabit yang dikenalpasti berpangkat prebet dari pasukan 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), berpengkalan di Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

Ketika kejadian berlaku, anggota tersebut sedang mengikuti Kursus Jurutera Tempur Kelas 1 di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM). Gambar berkenaan mula dikesan sekitar jam 8 malam pada 2 Jun sebelum pihak Cawangan Provo Kor (CPK) Kluang berjaya menahannya sekitar jam 11 malam di hadapan bangunan Cawangan Hal Ehwal Penuntut (CHEP), IKEM.

image is not available

gambar hiasan

Menurut kenyataan yang diperoleh daripada anggota berkenaan, tayangan gambar tersebut dibuat sempena ulang tahun perkenalan bersama pasangannya, seorang lelaki yang telah menukar jantina kepada perempuan.

image is not available

image is not available

Siasatan juga mengesahkan bahawa anggota berkenaan berada dalam cuti hujung minggu yang bermula dari 30 Mei hingga 2 Jun 2025.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, pihak berkuasa turut menyita sebuah telefon bimbit jenis iPhone 11 milik anggota berkenaan untuk membantu siasatan lanjut. Kes ini kini masih dalam pemantauan pihak berkuasa tentera.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 day ago

Rombongan Bas Jemaah Haji Dirempuh Kenderaan Tentera Isr*el, Dipercayai Disengajakan