Tayang Gambar Berseragam Di Kelab Malam, Anggota Tentera Ditahan

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 3:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota tentera menerima padah apabila gambarnya bersama pasangan yang lengkap berpakaian seragam terpapar di sebuah kelab malam setelah foto tersebut tular di media sosial.

Tentera ditahan tayang gambar di kelab malam

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, gambar itu dipercayai menunjukkan latar belakang logo Kor Jurutera dan ditayangkan melalui skrin utama premis hiburan terbabit.

Menurut laporan MalaysiaGazette, pihak berkuasa telah mengesan individu tersebut dan dipercayai merupakan seorang anggota berpangkat prebet daripada pasukan 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

Dalam pada itu, difahamkan ketika kejadian, anggota tersebut sedang menjalani Kursus Jurutera Tempur Kelas 1 di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM).

image is not available

Individu itu ditahan pada jam 11 malam pada hari yang sama di mana gambar tular tersebut dikesan kira-kira jam 8.00 malam pada 2 Jun lalu oleh Cawangan Provo Kor (CPK) Kluang sebelum diberkas di hadapan bangunan Cawangan Hal Ehwal Penuntut (CHEP), IKEM.

Susulan itu, anggota terbabit telah dibawa ke pejabat bagi siasatan lanjut dan mendapati gambar tular tersebut bertujuan menyambut ulang tahun perkenalan bersama pasangannya, merupakan seorang lelaki yang telah menukar jantina kepada perempuan.

Untuk info, pihak berkuasa telah menyita sebuah telefon bimbit jenis iPhone 11 bagi membantu siasatan dan turut mendedahkan bahawa anggota berkenaan berada dalam cuti hujung minggu ketika kejadian bermula dari 30 Mei hingga 2 Jun 2025.

Sumber: MalaysiaGazette (Nur Syafiqah Mohd Jemmi)