“Happy birthday ibu Hawra” – Beri Ucapan Hari Lahir Buat Uqasha, Ramai Puji Cara Co-Parenting Kamal Adli

LocalEntertainment
6 Jul 2026 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kamal adli

Biarpun kini tiada lagi ikatan sebagai pasangan suami isteri, Kamal Adli masih tidak menjadikan ia sebagai satu halangan untuk membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran bekas isterinya iaitu pelakon, Uqasha Senrose.

Menerusi Threads miliknya, Kamal Adli turut mendoakan agar Uqasha dipermudahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan menjadi ibu yang terbaik. Bahkan Kamal juga turut meminta netizen mendoakan dan mendorong orang ramai memberi ucapan buat Uqasha.

Artikel berkaitan: “Jiwa rasa kosong” – Luahan Sayu Kamal Adli Berdepan Rasa Sunyi Dahsyat Undang Simpati Ramai

Selain daripada ucapan buat Uqasha, ruangan komen dipenuhi dengan pujian terhadap sikap budiman Kamal dan memuji cara co-parenting pasangan ini biarpun sudah berpisah.

Untuk rekod, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah melangsungkan perkahwinannya pada 4 November 2021. Bagaimanapun, bahtera perkahwinan mereka terputus apabila mereka disahkan bercerai talak 1 pada 12 Januari 2026 lalu.

Hasil daripada perkahwinan itu, Kamal dan Uqasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Hawra Uqaira.

Sumber : Astro Awani, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved