“Saya pernah jadi gelandangan, makan sisa orang” – Saiful Apek Perjelas Kenapa Suka Kongsi Kata-Kata Semangat Di Threads

EntertainmentLifestyle
12 Jun 2026 • 1:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft saiful apek gelandangan

Ketika ini, pelakon Kamal Adli digelar sebagai ‘Ketua Threads’, manakala pelakon Zila Bakarin pula terkenal dengan respon spontannya di media sosial. Mereka berdua cukup dikenali di platform Threads menerusi perwatakan dan personaliti mereka yang lucu dan santai.

Lain pula dengan pelawak dan pelakon, Saiful Apek ini, dia begitu aktif dengan kata-kata positif yang mampu membuatkan ramai netizen rasa terpujuk.

Jelas pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff ini, tujuannya memuat naik hantaran dan perkongsian itu selepas dia perhatikan semakin ramai orang berhadapan dengan tekanan hidup sehingga ada yang hilang harapan.

Dalam masa yang sama, bekas anggota kumpulan Senario ini juga risau melihat masyarakat terutamanya golongan muda yang mudah berputus asa.

“Sebab saya tengok banyak masalah-masalah kritikal. Bunuh diri, putus asa. Ada yang sampai kata nak lari daripada mak bapak, nak terjun bangunan.”

“Ada yang cakap mereka sudah penat. Saya cakap, kalau sudah penat sebenarnya bukan kau yang penat, jantung kau yang penat.”

“Saya tak tahu, kadang-kadang mungkin terlalu berat benda itu. Tapi saya risau juga dengan kata-kata saya sebab ada masanya terlalu berat dan mengejutkan.”

Menerusi Gempak, Apek berharap segala kata-kata positif yang dikongsikan itu serba sedikit dapat menyuntik semangat buat mereka yang tengah down.

Tambahnya, segala apa yang dikongsikan itu merupakan teladan daripada pengalaman hidup yang dia harungi sebelum ini termasuklah pernah hidup sebagai seorang gelandangan.

Saiful Apek

“Saya nak benda itu jadi satu tamparan supaya orang jelas dan mula ambil ‘baby step’ untuk bangkit balik. Anda kena ingat, Saiful Apek bukan jadi dalam satu hari. Tak ada orang tiba-tiba tengok saya terus berada di atas.”

“Apa yang saya nampak dekat mereka adalah diri saya satu ketika dulu. Saya pernah jadi gelandangan, makan sisa orang, dihina, diherdik dan difitnah.  Semua itu saya sudah lalui. Jadi sekarang orang nampak hasilnya macam mana.”

“Kadang-kadang orang tanya abang baca apa, rujukan apa. Tak ada. Saya tak baca apa-apa . Sebenarnya ini perjalanan hidup saya sendiri dan pergaulan saya dengan orang-orang susah serta orang-orang hebat.”

Dalam padaa masa yang sama, Apek menolak segala pujian terhadap dirinya, tetapi akui bahawa dirinya ‘cuma sihat’ sahaja.

Sumber : Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved