HARAM: Tak Boleh Tunggang Beg Bagasi Pintar Di Jalan Raya Di Thailand

28 Aug 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tidak boleh naik atau tunggang beg pakaian bermotor (bagasi pintar) di jalan raya awam di Thailand.

Itu amaran keras yang dikeluarkan Polis Bahagian Trafik Thailand, semalam selepas satu video tular di internet yang menunjukkan seorang wanita sedang menaiki beg pakaian bermotor di Jalan Vibhavadi Rangsit berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang.

Polis berkata, pihaknya melarang perbuatan itu kerana mengikut Akta Kenderaan dan Akta Trafik Jalan Raya 1979, beg pakaian (bagasi) tidak dianggap sebagai kenderaan.

“Ia tidak boleh didaftarkan sebagai kenderaan dan digunakan secara sah di jalan raya awam.

“Menggunakan objek bukan kenderaan di jalan raya awam dianggap sebagai 'menghalang lalu lintas', melanggar Akta Trafik Jalan Raya, “ katanya.

image is not available

Hasil siasatan mendapati wanita dalam video terbabit adalah seorang pelancong China yang telah meninggalkan negara pada 22 Ogos lalu. -

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved