'Harap Adam Adli boleh beza makna persoalan, pertikaian' - Akmal Saleh

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 12:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - "Harap saudara Adam Adli boleh bezakan makna antara persoalan dan pertikaian", kata Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh.

Beliau membalas kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abd Halim yang mengusulkannya menarik semula kenyataan mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kepada sahabat saya saudara YB Adam Adli, boleh tak beritahu ayat mana yang saya pertikaikan bidang kuasa pengampunan Agong?" katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, Adam Adli berkata, kenyataan Dr Akmal mempertikaikan pengampunan diraja Anwar Ibrahim wajar ditarik semula.

Menurutnya, pengurniaan pengampunan bukan keputusan yang dilakukan sewenang-wenangnya mengikut desakan politik, namun dilindungi mekanisme yang ditetapkan undang-undang dan perlembagaan.