Harap tiada lagi masalah baharu! Zahid yakin kemelut politik Negeri Sembilan berakhir

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 11:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pembentukan semula barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan disifatkan sebagai langkah penting untuk mengembalikan kestabilan politik dan memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis kemelut politik negeri itu dapat diakhiri selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memperkenankan pelantikan enam Exco baharu serta mengekalkan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar.

Mahu kerajaan negeri kembali fokus kepada rakyat

Ahmad Zahid berkata, keutamaan kerajaan negeri ketika ini adalah menyelesaikan segala urusan pentadbiran termasuk mengadakan sidang khas Belanjawan Negeri, selain mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan sedia ada.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di atas perkenan mengekalkan Menteri Besar serta memperkenankan pelantikan enam Exco Kerajaan Negeri Sembilan pada hari ini.
“Kita harapkan dengan pelantikan Exco ini, ia akan dapat melunaskan semula segala tanggungjawab kerajaan negeri dan paling penting ialah mengembalikan keyakinan rakyat keseluruhannya kepada kerajaan,” katanya.
Image from: Harap tiada lagi masalah baharu! Zahid yakin kemelut politik Negeri Sembilan berakhir

Foto: FB Zahid Hamidi

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Himpunan 26K Huffaz Kebangsaan 2026 di Masjid Tuminah Hamidi pada Jumaat.

Perbincangan dengan Tuanku Muhriz berlangsung tenang

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyifatkan keputusan baginda sebagai jalan penyelesaian terbaik selepas lima pemimpin tertinggi BN dan UMNO menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan kemelut berkenaan.

“Lima kepimpinan utama semalam telah menghadap Tuanku dan perbincangan secara tenang telah diadakan.
“Apa yang telah diputuskan oleh Tuanku itu adalah satu keputusan yang terbaik dan rakyat keseluruhannya harus mendukung apa yang telah diperkenankan serta dititahkan Tuanku,” katanya.
Image from: Harap tiada lagi masalah baharu! Zahid yakin kemelut politik Negeri Sembilan berakhir

Foto: FB Zahid Hamidi

Tidak mahu masalah baharu timbul

Beliau turut menaruh harapan agar episod kemelut politik itu tidak berulang sehingga mengganggu kelangsungan pentadbiran negeri.

Ujarnya, dengan adanya barisan Exco baharu, segala urusan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan termasuk penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di peringkat daerah, mukim serta kampung dapat diteruskan seperti biasa.

Terdahulu, kekosongan barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan sejak September lalu akhirnya terisi selepas enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membabitkan empat wakil BN dan dua wakil Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti pada Jumaat.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved