Harga Bahan Makanan Dalam Kawalan, Daging Lembu Turun Kepada RM35.88 Sekilogram

LocalFood
12 May 2026 • 5:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Harga bahan makanan di negara ini masih berada dalam julat terkawal biarpun sudah terdapat tanda peningkatan akibat ketidaktentuan situasi global.

Harga barang masih terkawal

Image from: Harga Bahan Makanan Dalam Kawalan, Daging Lembu Turun Kepada RM35.88 Sekilogram

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, bagi tempoh 4 hingga 6 Mei lalu, harga bahan makanan terpilih mencatatkan pergerakan antara penurunan 2.0 peratus hingga kenaikan 6.7 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Menurut beliau, harga daging lembu menunjukkan penurunan sebanyak 1.4 peratus iaitu daripada RM36.40 sekilogram kepada RM35.88 sekilogram. Harga ayam standard pula kekal hampir sama pada sekitar RM9.50 hingga RM9.51 sekilogram.

“Namun, beberapa item mencatatkan kenaikan. Harga ikan kembung meningkat 3.9 peratus daripada RM16.76 sekilogram kepada RM17.42 sekilogram, udang putih meningkat 1.2 peratus kepada RM32.11 sekilogram.
“Sementara sawi meningkat 4.0 peratus kepada RM7.23 sekilogram, santan kelapa segar pula meningkat 6.7 peratus kepada RM16.88 sekilogram,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Image from: Harga Bahan Makanan Dalam Kawalan, Daging Lembu Turun Kepada RM35.88 Sekilogram

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah memaklumkan Anwar Ibrahim bersama ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) tetap menyuarakan kebimbangan meskipun data semasa menunjukkan harga makanan masih terkawal.

Katanya, Perdana Menteri bimbang ada rakyat di kawasan tertentu khususnya luar bandar mula merasai tekanan akibat peningkatan kos barangan keperluan harian.

“MTEN bersetuju supaya Ketua Setiausaha Negara dapat menyusul perkara ini bersama semua Ketua Setiausaha Kementerian bagi menyelaras inisiatif, usaha dan bantuan kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran terutamanya golongan miskin dan rentan,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Arif Aiman Asrol)

The post Harga Bahan Makanan Dalam Kawalan, Daging Lembu Turun Kepada RM35.88 Sekilogram appeared first on Borak Daily.

View Original Article