Harga ChatGPT Go Di Malaysia Dikemaskini – Kini RM24 Sebulan

TechnologyDigital
25 Feb 2026 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI kini dilihat telah mengemaskini harga langganan untuk ChatGPT Go di Malaysia. Pelan langganan asas berkenaan telah diperkenalkan di Malaysia sejak Oktober 2025 yang lepas. Ketika pengenalan, ia ditawarkan pada harga RM39 sebulan. Namun, melalui kemaskini baharu, OpenAI mengurangkan harga langganannya, dan kini boleh dilanggan pada harga RM24 sebulan.

image is not available

ChatGPT Go menawarkan akses kepada GPT-5, memori lebih besar berbanding pengguna percuma, dan juga konteks yang lebih panjang berbanding pengguna percuma. Ia turut menawarkan akses kepada mod audio, disamping memberikan kemudahan untuk pengguna dalam memuat-naik lebih fail, dan menjana lebih gambar.

Dengan harga langganan baharu ini, ia dilihat OpenAI turut menyeragamkan harga penawaran perkhidmatan mereka selari dengan Google, yang turut menawarkan Google AI Plus pada harga RM23.99 sebulan di Malaysia.