Harga Diesel Di Sabah, Sarawak & Labuan Kekal, MoF Jelaskan Sebabnya

LocalPolitics
15 Apr 2026 • 5:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga Diesel Di Sabah, Sarawak & Labuan Kekal, MoF Jelaskan Sebabnya

Harga Diesel Di Sabah, Sarawak & Labuan Kekal, MoF Jelaskan Sebabnya

Seperti yang diketahui, harga diesel di Semenanjung naik 70 sen pada minggu 9 April hingga 15 April, menjadikan harganya RM6.72 seliter.

Bagaimanapun, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula tidak berubah dan dikekalkan pada RM2.15 seliter.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa harga diesel tidak diselaraskan di seluruh Malaysia. Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penjelasan yang dikongsikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Nadi kehidupan

Menerusi perkongsian di medial sosial MoF, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana diesel bukan setakat bahan api bagi mereka namun ia nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.

Ia juga dikaitkan dengan perbezaan geografi iaitu dengan keluasan geografi 60 peratus lebih besar daripada Semenanjung dan bentuk muka bumi yang mencabar, penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan lebih bergantung kepada penggunaan diesel.

Baca juga:

"Kawasan pedalaman yang luas dengan bentuk muka bumi yang mencabar mengehadkan akses jalan raya.

"Penduduk juga bergantung kepada pengangkutan air dan kenderaan berat seperti pacuan empat roda," kata MoF.

Cabaran infrastruktur

Selain itu, cabaran infrastruktur juga menjadikan negeri-negeri itu lebih bergantung kepada diesel.

Menurut MoF, liputan elektrik dan infrastruktur tidak menyeluruh di sesetengah kawasan luar bandar dan diesel menjadi sumber tenaga utama untuk kehidupan harian.

Kos logistik iaitu penghantaran barangan melalui sungai dan laut juga melibatkan jarak jauh serta kos yang lebih tinggi.

Kebergantungan tinggi diesel

Diesel digunakan di Sabah, Sarawak dan Labuan secara meluas untuk:

  1. Penjanaan elektrik (generator) 

  2. Aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan

"Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar memberi penekanan kepada keperluan penggunaan dan prinsip kesamarataan bagi memastikan keberkesanan agihan kepada rakyat Malaysia," kata MoF lagi.

Bagi rakyat di semenanjung pula, kerajaan telah menaikkan bantuan BUDI Diesel Individu dan BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM400. Ia akan disalurkan pada 21 April ini.

"BUDI Agri-Komoditi dijangka memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun kecil, dengan dana tambahan sekitar RM20 juta sebulan.

"BUDI Diesel Individu pula dijangka memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia, dengan dana tambahan sekitar RM15 juta sebulan," kata MoF.