

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 6 November hingga 12 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.20 seliter;Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter;Harga runcit petrol RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter;Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 7 sen iaitu kepada 3.02 seliter; danHarga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga ini mula dikuatkuasakan bermula tengah malam ini, 6 November sehingga pengumuman harga seterusnya daripada Kementerian pada hari Rabu depan, 12 November 2025.

![Lelaki Curiga Dengan Warna RON95, Dakwa Terlalu Cair Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
