Harga diesel naik 20 sen, RON95 naik 10 sen

LocalBusiness & Finance
28 Oct 2026 • 8:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harga diesel naik 20 sen, RON95 naik 10 sen

PUTRAJAYA- Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 29 Oktober hingga 4 November naik sebanyak 20 sen iaitu daripada RM5.07 kepada RM5.27 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, RON95 naik sebanyak 10 sen daripada RM4.32 kepada kepada RM4.42 seliter.

Sementara itu, RON97 juga naik 10 sen daripada RM4.80 kepada RM4.90 seliter.

“Harga minyak mentah Brent meningkat pada minggu lalu berikutan kebimbangan terhadap risiko gangguan bekalan di Asia Barat, sebelum menyederhana sedikit pada penghujung tempoh pengiraan APM.

“Di pasaran serantau, harga diesel bertapis di Singapura turut meningkat, manakala
pergerakan harga petrol lebih bercampur,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kata Kementerian Kewangan, stok produk petroleum tertentu di Singapura juga berkurangan, namun bekalan dari Asia Timur Laut dijangka kekal stabil.

“Perkembangan konflik di Asia Barat, termasuk ancaman terhadap infrastruktur tenaga
dan laluan perkapalan terus menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran
bekalan petroleum.

“Harga petroleum dunia dijangka kekal tidak menentu dalam jangka sederhana,” katanya.

Susulan itu, kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk melalui subsidi bersasar Budi Madani.

“Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, subsidi bahan api dijangka kekal tinggi sekitar
RM40 bilion pada tahun hadapan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Harga diesel naik 20 sen, RON95 naik 10 sen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved