Harga Durian Jatuh Mendadak, PM Anwar Akan Berbincang Dengan China

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 3:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Harga Durian Jatuh Mendadak, PM Anwar Akan Berbincang Dengan China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian terhadap kejatuhan harga durian yang berlaku susulan musim durian yang memuncak serentak di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata isu itu akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri China, Li Qiang, pada lawatan rasmi ke negara itu bulan depan.

Langkah tersebut bertujuan memperluaskan akses pasaran durian Malaysia di China bagi meningkatkan permintaan sekali gus membantu menstabilkan harga yang kini memberi tekanan kepada pendapatan pekebun tempatan.

Menurut Anwar, hubungan baik Malaysia dan China perlu dimanfaatkan untuk membuka lebih banyak peluang eksport, terutama ketika berlaku lebihan bekalan.

Beliau mengakui pasaran China mempunyai piawaian import yang tinggi, namun kerajaan akan berusaha mengadakan rundingan bagi memudahkan kemasukan durian Malaysia ke negara itu.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Malaysia masih mengekalkan antara harga bahan api paling rendah di rantau ini melalui subsidi kerajaan walaupun harga minyak dunia berdepan tekanan akibat ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Beliau menjelaskan konflik melibatkan Iran dan Amerika Syarikat sepatutnya mendorong kenaikan harga bahan api mengikut faktor pasaran dan gangguan bekalan. Namun kerajaan memilih untuk terus mengekalkan subsidi bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Bagi tempoh 1 hingga 8 Julai, harga runcit RON95 ditetapkan pada RM3.37 seliter, manakala diesel pada RM3.97 seliter. Pengguna terus menikmati subsidi kerajaan menerusi kadar RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah inisiatif Budi Madani.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved