Kecoh BMW ‘kalis peluru’ PMX! JPM nafi ia kenderaan rasmi baharu, diguna sementara atas faktor keselamatan

PoliticsCars
6 Jul 2026 • 11:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kenderaan rasmi baharu jenis BMW, sebaliknya menjelaskan kenderaan tersebut digunakan secara sementara atas faktor keselamatan.

Dalam kenyataan bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA), kenderaan berkenaan merupakan aset sedia ada milik BIUPA dan bukan dibeli khusus untuk kegunaan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, kenderaan tersebut lazimnya digunakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara, termasuk untuk membawa Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan bertaraf Presiden atau Perdana Menteri ketika lawatan rasmi ke Malaysia.

“Ia bukan kenderaan rasmi baharu YAB Perdana Menteri, sebaliknya aset sedia ada milik BIUPA yang disediakan bagi memenuhi keperluan protokol dan keselamatan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Image from: Kecoh BMW ‘kalis peluru’ PMX! JPM nafi ia kenderaan rasmi baharu, diguna sementara atas faktor keselamatan

JPM memaklumkan penggunaan sementara kenderaan itu dibuat selepas menerima nasihat serta penilaian keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langkah tersebut diambil berikutan kenderaan rasmi Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani penyelenggaraan.

Kenderaan berkenaan turut dilengkapi spesifikasi keselamatan tinggi termasuk keupayaan menahan ancaman balistik, letupan serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron.

Artikel lain: PM Anwar tak terpukau naik ‘The Beast’, sifatkan limosin bawa Trump seperti istana

JPM menegaskan penggunaan itu adalah selaras dengan keperluan protokol antarabangsa bagi memastikan tahap keselamatan pemimpin negara dan tetamu kenamaan sentiasa terjamin.

Penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan penggunaan BMW tersebut sebagai kenderaan rasmi baharu Perdana Menteri.

Sumber: paultan.org, FB Jabatan Perdana Menteri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved