

Harga Jauh Lebih Murah, Lelaki Ini Kongsi “Trip” Dari Terminal Feri Pasir Gudang Ke Batam
Percutian adalah satu aktiviti yang penuh dengan keseronokan. Bagi kaki travel, sudah tentu ia menjadi satu terapi untuk diri sendiri. Ia semakin menarik sekiranya dapat berkongsi momen kegembiraan bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan pasangan.
Apatah lagi sekarang trend healing semakin mendapat sambutan dalam kalangan anak-anak muda seperti berkelah, hiking dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin merasai percutian ke luar negara, Indonesia adalah destinasi yang tepat. Hal ini kerana negara jiran tersebut terkenal dengan keindahan alam semula jadinya di samping kos yang jauh lebih murah.
Antara lokasi yang boleh dikunjungi termasuklah pergi ke Pulau Batam, Indonesia. Pun begitu, ramai yang masih keliru dengan pengangkutan untuk pergi ke Batam.
Berdasarkan perkongsian video @AdamNadh di TikTok, dia berkata masih ramai orang yang belum mengetahui cara untuk pergi ke lokasi tersebut.
Trip Ke Batam Dari Terminal Feri Pasir Gudang
Bagi mereka yang berada berada berhampiran lokasi Terminal Feri Pasir Gudang boleh menggunakan pengangkutan air tersebut.
Memandangkan lokasinya yang terletak di luar negara, kita perlu membuat pertukaran mata wang terlebih dahulu.

Terminal ini juga menawarkan khidmat pertukaran mata wang asing dan harga tiket yang murah serta pilihan waktu untuk berlepas.
Bukan sahaja itu, perjalanan untuk ke Batam juga tidak mengambil waktu yang lama, hanya sekitar satu jam lebih sahaja.
Feri Besar, Mewah & Selesa

Tambahnya, feri yang disediakan juga memberikan keselesaan dan pengalaman yang cukup menarik. Penumpang boleh duduk di mana sahaja yang mereka mahu. Apatah lagi kerusi juga besar dan selesa. Siap sekali pakej televisyen dan plag untuk kegunaan peribadi seperti mengecas telefon bimbit.
Menariknya, anda dibenarkan untuk melihat secara langsung bagaimana kapten kapal feri tersebut mengemudi kapal.

Manakala di bahagian atas, anda disajikan dengan pemandangan laut yang terbentang luas. Jika bertuah, anda juga dapat menyaksikan pemandangan kapal terbang dari atas feri tersebut.
Tonton video di bawah untuk faham dengan lebih jelas:
@adamnadh Part 1 Batam | Bagi aku memang berbaloi pergi Batam naik dari Terminal Feri Pasir Gudang sebab harganya jauh lebih murah & perjalananya jauh lebih singkat #fyp #fypシ #terminalferipasirgudang
Sumber: TikTok @AdamNadh
The post Harga Jauh Lebih Murah, Lelaki Ini Kongsi “Trip” Dari Terminal Feri Pasir Gudang Ke Batam appeared first on Siakap Keli.




