Harga jualan produk menyusut, CGS-CIMB unjur prospek Petronas Chemicals Group kekal mencabar sepanjang FY23
azan
04/07/2023 - 10:35
KUALA LUMPUR 4 Julai - CGS-CIMB Research mengunjurkan prospek Petronas Chemicals Group Berhad kekal mencabar sepanjang FY23.
Firma itu berkata, harga jualan bagi produk kumpulan itu menyusut pada suku kedua tahun ini berbanding suku pertama yang akan menjejaskan keuntungan mereka.
Katanya, kos pentauliahan mungkin akan lebih tinggi dari suku kedua dan seterusnya daripada RM100 juta yang dibelanjakan pada suku pertama kerana kumpulan itu hanya mentauliahkan empat daripada tujuh loji Pengerang pada suku pertama.
Bagaimanapun, mereka dijangka mentauliahkan kesemua tujuh bermula suku kedua 2023 dan seterusnya selain berusaha untuk meningkatkan penggunaan loji di Pengerang ke tahap yang tinggi untuk tempoh yang berterusan sebelum menandakan tarikh operasi komersial (COD) secara rasmi.
"Apabila mereka mencapai COD ia akan membuatkan aset Pengerang menyusut selain kos faedah perbelanjaan dan kami menganggarkan caj tahunan antara RM350 juta hingga RM400 juta susut nilai dan RM100 juta dalam perbelanjaan faedah, yang masih belum mencapai pendapatan.
"Keempat, Argus Media melaporkan bahawa dua loji urea kumpulan mengalami penutupan yang tidak dijangka pada suku kedua tahun ini manakala loji Sipitang ditutup selama sebulan mulai 12 April kerana isu bekalan gas, manakala loji urea Bintulu juga mengalami penutupan sebulan yang tidak dirancang dari 30 Mei hingga minggu 25 Jun," katanya.
Firma itu menjangkakan tekanan pendapatan untuk faktor di atas berpotensi menurunkan haga saham mereka.
Kumpulan itu juga berdepan pelbagai risiko termasuk penyusutan penggunaan loji petrokimia yang dijangka membantu meningkatkan keseimbangan permintaan-bekalan dan pemulihan ekonomi global yang mungkin merangsang permintaan.
Firma itu memberikan saranan 'kurang' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM5.68 sesaham. - DagangNews.com

