Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

LocalCars
16 Jul 2025 • 10:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) tidak menolak kemungkinan harga ken­deraan dijangka naik tahun depan, susulan penguatkuasaan peraturan cukai eksais baharu, P.U.(A) 402/2019 yang dijadualkan bermula pada 2026.

Malah, struktur cukai dan sistem penilaian harga baharu seperti pelaksanaan duti eksais berdasarkan nilai pasaran terbuka (OMV) masih belum dimuktamadkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

"Jika OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR). Tetapi buat masa ini, belum ada pendekatan rasmi," kata Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, ketika taklimat prestasi automotif separuh pertama 2025.

MAA turut menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan peraturan P.U.(A) 402/2019 mengenai penentuan nilai barangan buatan tempatan untuk tujuan eksais, yang dijangka memberi impak besar terhadap harga kereta.

"Setakat ini tiada pengumuman rasmi, tetapi kami difahamkan kerajaan sedang mencari jalan untuk meminimumkan impaknya," katanya.