

Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa tiada sebarang perubahan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api bermula esok, 21 hingga 27 November ini.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
i. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter;
ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter; dan
iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus melakukan pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.


