Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

LocalBusiness & Finance
20 Nov 2024 • 7:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 November.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh berkenaan.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut Kementerian Kewangan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved