

Harga minyak terkini bermula 24 hingga 30 Julai 2025.
Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 24 Julai hingga 30 Julai depan.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter;Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen kepada RM2.91 seliter; danHarga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga ini akan mula dikuatkuasakan tengah malam ini sehingga pengumuman harga seterusnya daripada Kementerian pada hari Rabu depan, 30 Julai 2025.



