Harga petrol, diesel kekal sehingga 30 Julai ini

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2025 • 6:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

Menurut MOF, penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan, melalui MOF, akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved