

Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 10 Julai hingga 16 Julai depan.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.18 seliter;Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen kepada RM2.88 seliter; danHarga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus melakukan pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.


