Harga Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen Seliter

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2025 • 5:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen Seliter

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai 2025, menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Kenaikan ini selari dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia dan dilaksanakan berdasarkan mekanisme penetapan harga automatik mingguan (Automatic Pricing Mechanism).

Walaupun berlaku kenaikan, harga diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan sebelum ini pada 10 Jun 2024, iaitu RM3.35 seliter.

Sementara itu, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.18 dan RM2.05 seliter. Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada RM2.15 seliter.

Dalam pada itu, kerajaan memberi jaminan akan terus memantau perkembangan pasaran global dan melaksanakan pelarasan harga yang bersesuaian, bagi memastikan kestabilan harga dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

image is not available

Sumber: Kementerian Kewangan