

Kementerian Kewangan telah mengumumkan perubahan harga runcit bagi bahan api bermula esok, 16 hingga 22 Januari ini.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
i. Harga runcit petrol RON97 kini naik RM0.05 iaitu daripada RM3.33 kepada RM3.38 seliter;
ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kini naik RM0.05 iaitu daripada RM3.03 kepada RM3.08 seliter; dan
iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus melakukan pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.



