Harga Minyak Terkini Hingga 11 September Depan Diumumkan – RON97 & Diesel Turun?

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2024 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Harga runcit bagi petrol RON95 masih kekal seperti sebelum ini iaitu RM2.05 seliter.

Sementara itu, harga runcit petrol RON97 dan Diesel pula turun sebanyak 2 sen, menjadikan masing-masing pada paras RM3.40 (berbanding RM3.42) dan RM3.16 (berbanding RM3.18) seliter.

image is not available

Harga minyak mingguan terbaru ini dikuatkuasakan bermula 5 hingga 11 September depan.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan harga runcit Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan masih kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.