Harga RON97, diesel turun lagi 2 sen

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2024 • 6:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun sebanyak 2 sen setiap liter mulai Khamis. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun sebanyak 2 sen setiap liter.

Ia menjadikan harga baharu RON97 ialah RM3.40 manakala RM3.16 bagi diesel.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan harga baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh Khamis hingga 11 September depan.

Menurutnya, harga RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved