Harga RON97, diesel turun dua sen mulai esok

4 Sep 2024 • 8:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun dua sen masing-masing kepada RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 September.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan harga runcit dua bahan api itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved