Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

LocalBusiness & Finance
2 Jan 2026 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

LRT RapidKL (Foto: Ong Soon Hin/The Star)

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Langkah rasionalisasi ini adalah yang pertama sejak tahun 2009, dilakukan demi mengimbangi kos operasi yang kian meningkat serta perluasan rangkaian rel (LRT, MRT, Monorel) dan bas yang kini jauh lebih luas berbanding sedekad lalu.

Mengapa Prasarana Menaikkan Harga Pas Perjalanan Sekarang?image is not available

Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Pengalaman Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan, Ashok Panchalingam, menjelaskan keputusan ini bukan dibuat secara melulu tetapi berdasarkan kajian menyeluruh tehadap corak penggunaan dan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi dari masa ke masa.

Rapid KL Tawar Produk Baharu Tahun Ini?image is not available

Seiring dengan pelarasan harga, Prasarana memperkenalkan Rapid Bulanan, sebuah pas 30 hari yang bersifat inklusif:

Harga: RM150 untuk tempoh 30 hari.Akses: Perjalanan tanpa had merangkumi semua perkhidmatan rel dan bas Rapid KL.Kelayakan: Terbuka kepada kedua-dua warganegara dan bukan warganegara.Pas Apakah Yang Kini Ditawarkan Pada Harga Berbeza?

Bagi pas perjalanan jangka pendek, terdapat perubahan harga dan penstrukturan semula pilihan hari:

image is not available

Bagaimana Pula Dengan Pas Rapid Pelajar?

Terdapat perubahan polisi penting melibatkan Rapid Pelajar bermula 1 Januari 2026:

Permohonan Baharu: Hanya dibuka kepada pelajar warganegara sahaja.Pelajar Bukan Warganegara Sedia Ada: Masih boleh menikmati diskaun 50% sehingga pas tamat tempoh atau selewat-lewatnya 31 Disember 2026. Selepas tarikh itu, mereka perlu beralih ke pas biasa.

Juga Menarik: Terlambat Sebab LRT? Dapatkan 'Slip Kelewatan Tren' Di Kaunter

Bagaimana Dengan Pas My50, Rapid Emas & Rapid Mesra?

image is not available

Demi memastikan pengangkutan awam kekal inklusif dan mampu milik bagi golongan sasaran, beberapa pas utama TIDAK NAIK HARGA:

Pas My50: Kekal RM50 sebulan untuk perjalanan tanpa had.Rapid Emas: (Warga emas/OKU) Kekal tanpa kenaikan.Rapid Mesra: Kekal pada kadar sedia ada.