Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Terus Menurun Bagi Tempoh 19 Hingga 20 November Ini

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 8:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Terus Menurun Bagi Tempoh 19 Hingga 20 November Ini

Harga runcit bagi RON97, RON95 serta diesel tanpa subsidi terus menurun bermula esok sehingga 25 November ini.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan harga runcit RON97 menurun sebanyak 20 sen seliter kepada RM4 berbanding RM4.20 hari ini.

Manakala, RON95 dan diesel masing-masing menurun sebanyak 15 sen seliter kepada RM3.72 bagi RON95 dan RM4.72 bagi diesel.

Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Terus Menurun

Image from: Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Terus Menurun Bagi Tempoh 19 Hingga 20 November Ini

Menurut MoF, harga baharu itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) di mana ia turut menunjukkan penurunan harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau, seiring dengan penyederhanaan harga minyak mentah dunia.

"Perkembangan ini mencerminkan tekanan harga yang semakin berkurangan dalam pasaran petroleum antarabangsa," katanya.

Selain itu, jangkaan peningkatan bekalan mentah global turut mempengaruhi pergerakan harga petroleum dunia, namun bekalan produk petroleum bertapis masih berdepan beberapa kekangan yang boleh mempengaruhi kestabilan harga pasaran.

Baca juga:

"Ketidaktentuan geopolitik dan risiko gangguan penghantaran petroleum masih boleh menjejaskan bekalan global.

"Sehubungan itu, harga petroleum dunia dijangka terus mengalami turun naik dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Bagaimanapun, kerajaan MADANI kekal komited melindungi rakyat dan perniagaan melalui pelaksanaan subsidi bahan api bersasar BUDI MADANI.

"Peruntukan hampir RM40 bilion disediakan untuk subsidi bahan api pada tahun hadapan bagi membantu rakyat mengurangkan tekanan kos sara hidup," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved