Harga RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 7:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Harga RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen
Susulan penurunan itu, harga RON97 kini RM4 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.72 seliter, manakala diesel tanpa subsidi RM4.72 seliter. Foto hiasan

SHAH ALAM - Harga petrol RON97 menurun sebanyak 20 sen seliter, manakala RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun sebanyak 15 sen seliter, bagi tempoh 19 November hingga 25 November 2026.

Susulan penurunan itu, harga RON97 kini RM4 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.72 seliter, manakala diesel tanpa subsidi RM4.72 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menunjukkan penurunan dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyederhanaan harga minyak mentah dunia.

"Perkembangan ini mencerminkan tekanan harga yang semakin berkurangan dalam pasaran petroleum antarabangsa.

"Ketidaktentuan geopolitik dan risiko gangguan penghantaran petroleum masih boleh menjejaskan bekalan global. Sehubungan itu, harga petroleum dunia dijangka terus mengalami turun naik dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, MOF berkata, harga petrol dan diesel bersubsidi lain turut dikekalkan iaitu RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter, diesel BUDI Diesel (RM2.10), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

"Melalui BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli petrol RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan," menurutnya lagi.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved