Harga petrol, diesel kekal hingga 28 Feb

21 Feb 2024 • 7:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 28 Feb ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum, di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga RON95 pada paras harga siling iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu melebihi harga siling ditetapkan,” menurut MOF.

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. -Bernama