Harga Petrol & Diesel Tanpa Subsidi Turun Mulai Esok

LocalBusiness & Finance
11 Nov 2026 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga Petrol & Diesel Tanpa Subsidi Turun Mulai Esok

Harga RON95, RON97 dan diesel tanpa subsidi turun berkuat kuat bagi tempoh 12 hingga 18 November.

Harga petrol & diesel turun

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa RON95 turun sebanyak 40 sen iaitu daripada RM4.27 seliter kepada RM3.87 seliter.

RON97 pula turun 50 sen daripada RM4.70 seliter kepada RM4.20 seliter.

Manakala, diesel turun sebanyak 25 sen daripada RM5.12 seliter kepada RM4.87 seliter.

Menurut MOF, harga baharu itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Baca juga:

"Harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menurun dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyusutan harga minyak mentah dunia dan peningkatan bekalan bahan api bertapis di pasaran serantau.

"Walau bagaimanapun, selagi konflik di Iran belum mencapai penyelesaian, harga petroleum dunia kekal terdedah kepada turun naik ketara.

"Serangan terbaharu terhadap kapal tangki di Selat Hormuz menunjukkan risiko gangguan bekalan masih wujud," kata MOF.

Tambahnya lagi, kerajaan kekal komited melindungi rakyat dan perniagaan melalui pelaksanaan subsidi bahan api bersasar BUDI MADANI.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, subsidi bahan api dijangka kekal tinggi sekitar RM40 bilion pada tahun hadapan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved