Harga petrol, diesel turun bermula esok

LocalBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 8:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Harga petrol, diesel turun bermula esok
Harga runcit RON97 turun sebanyak 25 sen kepada RM4.10, harga RON95 tanpa subsidi turut diturunkan 25 sen kepada RM3.47 seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan 30 sen kepada RM4.07 seliter bermula 25 hingga 30 Jun ini

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 25 Jun hingga 30 Jun depan susulan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON97 diturunkan sebanyak 25 sen kepada RM4.10 seliter berbanding RM4.35 seliter sebelum ini.

Menurutnya, harga RON95 tanpa subsidi turut diturunkan 25 sen kepada RM3.47 seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan 30 sen kepada RM4.07 seliter.

“Harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 dikekalkan pada RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

"Penurunan ini mencerminkan perkembangan pasaran minyak global yang lebih menggalakkan susulan penyederhanaan harga minyak mentah global dan perkembangan lebih positif dalam konflik di Asia Barat," menurut kenyataan itu,” katanya dalam pada Rabu.

Jelas kenyataan tersebut, meskipun berlaku penurunan harga, pasaran petroleum global masih berdepan ketidaktentuan dalam jangka sederhana termasuk risiko rundingan damai tidak mencapai penyelesaian muktamad, pemulihan rantaian bekalan yang mengambil masa dan tahap inventori serta kos logistik belum kembali sepenuhnya ke paras prakonflik.

“Dalam keadaan ini, Kerajaan Madani terus komited untuk melindungi rakyat daripada turun naik harga pasaran melalui subsidi bersasar, di samping memperkukuh keterjaminan bekalan jangka panjang melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa termasuk Turkmenistan dan Rusia.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan Madani menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat. Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved