Harga RON95 dan RON97 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen

19 Mar 2025 • 5:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung turun tiga sen kepada RM3.03 sen seliter, bermula esok hingga 26 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan fromula Mekanisme Harga Automatik.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel berasaskan pasaran minyak global, sambil menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan juga akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved