Harga RON95, RON97, diesel kekal

LocalBusiness & Finance
3 Sep 2025 • 6:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 4 hingga 10 Sept 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan harga runcit RON97 kekal RM3.16 seliter, manakala RON95 pada RM2.05 seliter.

Harga diesel pula dikekalkan pada RM2.88 seliter di Semenanjung Malaysia dan RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak serta Labuan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.

-- BERNAMA