

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 21 hingga 27 Mei dilaporkan naik 10 sen dengan ditawarkan pada RM4.97 berbanding RM4.87 seliter sebelum ini.
Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, harga RON97 tanpa subsidi pula naik 15 sen iaitu dijual pada kadar RM4.85 seliter berbanding RM4.70.
Harga runcit RON95 juga naik sebanyak 20 sen iaitu ditawarkan pada kadar RM4.07 seliter berbanding RM3.87.





