

Kementerian Kewangan mengumumkan harga diesel dan RON97 masing-masing naik tiga sen bermula esok. Kenaikan itu akan dikekalkan sehingga 23 Julai ini.
Ini bermakna harga diesel di Semenanjung naik daripada RM2.88 seliter kepada RM2.91 seliter manakala RON97 naik daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21 seliter
Mujur, harga RON95 masih kekal iaitu RM2.05 seliter.


