Harga RON97, Diesel Naik 3 Sen Seliter

LocalBusiness & Finance
16 Jul 2025 • 5:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, Diesel Naik 3 Sen Seliter

KUALA LUMPUR — Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia naik 3 sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penetapan kadar itu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia, serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

https://www.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid0384G1MWydptLGMGfZS1kZABTumbR6oowg32LSTpZFvWmtrYyxUzcNnyeKrx5L726Zl

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved