Harga RON97 naik 3 sen

LocalBusiness & Finance
18 Dec 2024 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Disember. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Disember.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga akan kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga akan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

MOF berkata, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved