Harga RON97, RON95 Dan Diesel Turun Lagi

LocalBusiness & Finance
30 Jun 2026 • 6:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, RON95 Dan Diesel Turun Lagi

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa 1 Julai hingga 8 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa harga baharu RON97 adalah RM4 seliter.

Manakala harga RON95 pula RM3.37 seliter dan diesel RM3.97 seliter

MOF berkata penetapan harga baharu itu selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Ia diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

"Bagi tempoh tersebut, harga runcit RON97 diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM4.00 seliter. Harga runcit RON95 tanpa subsidi diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM3.37 seliter.

"Harga runcit diesel tanpa subsidi pula diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM3.97 seliter.

"Harga runcit petrol dan diesel bagi minggu ini diumumkan hari ini bagi menyelaraskan tempoh harga baharu dengan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) mulai esok, 1 Julai 2026," katanya.

Image from: Harga RON97, RON95 Dan Diesel Turun Lagi
Kredit: MOF

Menurut MOF lagi, harga pasaran petroleum antarabangsa terus menyederhana berbanding paras tertinggi yang dicatatkan semasa kemuncak krisis Asia Barat.

Perkembangan ini disokong oleh tanda-tanda pemulihan aliran bekalan global serta jangkaan bahawa rundingan berkaitan konflik tersebut dapat mengurangkan risiko gangguan bekalan minyak mentah.

Baca juga:

"Namun begitu, pasaran petroleum global masih belum kembali sepenuhnya stabil. Risiko terhadap harga minyak mentah, kos penghantaran dan kestabilan bekalan masih kekal selagi konflik belum mencapai penyelesaian muktamad, manakala pemulihan rantaian bekalan juga mengambil masa.

"Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

"Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi," katanya.

Dalam pada itu, harga bahan api bersubsidi masih dikekalkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved