Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 10 sen mulai esok

LocalBusiness & Finance
30 Jun 2026 • 11:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 10 sen mulai esok

SHAH ALAM, 30 JUN: Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi minggu ini diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Bagi tempoh itu, harga runcit RON97 diturunkan 10 sen kepada RM4.00 seliter. Harga runcit RON95 tanpa subsidi diturunkan 10 sen kepada RM3.37 seliter.

Harga runcit diesel tanpa subsidi pula diturunkan 10 sen kepada RM3.97 seliter.

Harga runcit petrol dan diesel bagi minggu ini diumumkan hari ini bagi menyelaraskan tempoh harga baharu dengan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) mulai esok, 1 Julai 2026.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga pasaran petroleum antarabangsa terus menyederhana berbanding paras tertinggi yang dicatatkan semasa kemuncak krisis Asia Barat.

Menurutnya, perkembangan ini disokong oleh tanda-tanda pemulihan aliran bekalan global serta jangkaan bahawa rundingan berkaitan konflik tersebut dapat mengurangkan risiko gangguan bekalan minyak mentah.

"Namun begitu, pasaran petroleum global masih belum kembali sepenuhnya stabil. Risiko terhadap harga minyak mentah, kos penghantaran dan kestabilan bekalan masih kekal selagi konflik belum mencapai penyelesaian muktamad, manakala pemulihan rantaian bekalan juga mengambil masa.

"Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

"Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi," katanya, lapor Berita Harian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved