Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Turun 5 Sen Bermula Hari Ini

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 10:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

collage 1

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing diturunkan sebanyak 5 sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos 2026.

Menurut MOF, penurunan ini berlaku berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) walaupun harga minyak mentah Brent pernah melepasi AS$90 setong minggu lalu.

Namun begitu, penurunan harga pada penghujung tempoh pengiraan APM telah menyebabkan harga petroleum tanpa subsidi turun bagi minggu ini.

Ini harga baharu bahan api

rony14mei BHfield image listing featured v2.var 1778734857.jpg

Bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos 2026, harga runcit ditetapkan seperti berikut:

  • RON97: RM4.35 seliter (turun 5 sen)
  • RON95 tanpa subsidi: RM3.77 seliter (turun 5 sen)
  • Diesel tanpa subsidi: RM4.57 seliter (turun 5 sen)

Harga subsidi masih dikekalkan

Dalam masa sama, kerajaan mengekalkan harga bahan api bersubsidi seperti berikut:

  • RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter
  • Diesel (BUDI Diesel): RM2.10 seliter
  • SKPS: RM2.05 seliter
  • SKDS: RM2.15 seliter

MOF turut menjelaskan bahawa rakyat Malaysia yang layak masih boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada syarat kelayakan serta baki kelayakan bulanan masing-masing.

Pasaran minyak dunia masih tidak menentu

Menurut kementerian itu lagi, konflik geopolitik yang masih berlarutan termasuk perkembangan berkaitan usaha perdamaian serta risiko gangguan di laluan perkapalan utama seperti Selat Hormuz dan Laut Merah terus menyebabkan harga minyak dunia berubah-ubah. Selagi keadaan tersebut belum menemui penyelesaian, harga petroleum dijangka kekal tidak menentu.

Kerajaan pada masa sama berkata mereka akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, selain memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Sumber: Kementerian Kewangan

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved